Friday, April 22, 2016

Thursday, April 21, 2016

FIZIK TINGKATAN 5 : FAKTOR FAKTOR MEMPENGARUHI RINTANGAN

RINTANGAN?
Pernah alamai rintangan dalam kehidupan? Semakin banyak rintangan, semakin susah nak teruskan kehidupan.
Bagaimana pula rintangan dalam litar? Semakin banyak rintangan, semakin rendah arus. (Susahnya arus nak mengalir sebab banyak sungguh rintangan)

Anda sudah tahu, konduktor boleh mengalirkan arus elektrik. Tetapi, jangan lupa dengan rintangan.

Anda telah mencari rintangan (iaitu kecerunan graf) dalam graf V melawan I.
Maka, apakah factor yang mempengaruhi rintangan suatu konduktor?

Tahukah anda terdapat beberapa factor yang mempengaruhi nilai rintangan wayar.
1.    Panjang wayar, L : Semakin bertambah panjang wayar, semakin besar rintangan

2.    Luas keratan rentas,A. Semakin bertambah luas keratan rentas, semakin berkurang rintangan
3.    Jenis wayar : 
4.   Suhu konduktor wayar

Apa itu swg?
S.W.G ialah Standard Wire Gauge. Ia juga dikenali sebagai British Standard Gauge. Ia digunakan sebagai ketebalan tali gitar atau luas keratan rentas wayar elektrik.
Mari  kita buat perbandingan ketebalan wayar elektrik menggunakan S.W.Gs.w.g. 16 (diameter 1.63 mm) > s.w.g. 26 (diameter 0.46 mm) > s.w.g. 36 (diameter 0.19 mm). 


Maka, semakin besar nilai s.w.g, semakin nipis wayar elektrik

Tuesday, January 19, 2016

Radas Di dalam Makmal

span style="font-family: "trebuchet ms" , sans-serif;">Dalam makmal sains, terdapat banyak radas dan bahan. jom kita kenali radas dan bahan di dalam makmal
penunu bunsen

jamrandik/stop watch


vernier calipers

bikar, silinder penyukat, kelalang kon

tolok skru mikrometer

mikroskop

bourdon gauge

neraca elektronik

ammeter 
#Semua gambar-gambar ini diambil oleh bekas murid murid saya yang mengambil matapelajaran Sains Tambahan batch 2011 iaitu Nur Amelia Eva Natasha, Nur Syafiqah dan Nur Shahirah@Yaya

last note!

s

Aktiviti Sains : Bedak katak

Bedah katak?
Anda berani?

Dulu masa sekolah cikgu tidak pernah belajar biologi. Cikgu dalam aliran sains teknikal. Bila dah jadi cikgu dan kena mengajar mata pelajaran sains,cikgu rasa seronok pula belajar biologi. 

Dalam sains teras spm ada diselitkan sedikit ilmu biologi. Seronok rasanya belajar pasal sistem saraf, pasal otak, tentang kejadian kembar , kromosom dan macam macam lagi lah.

Biasa dengar kan budak bio mesti ada experience bedah katak, bedah tikus ke.Untung juga cikgu sebab ada kawan macam cikgu ismahani@cikgu is. Seorang guru biologi. 


kataknye besar besar dan banyak. bayangkan 8 kumpulan. setiap kumpulan bawa 3 ekor katak. 24 ekor katak nak kena bedah. tapi murid muridnya kental. releks aje dibedah kataknya. 

Tahun lepas cikgu is ajak cikgu tengok muridnya bedah tikus. Tahun ni, cikgu is ajak cikgu tengok muridnya bedah katak pula. Sambil tu kita boleh belajar tentang katak.
Pembantu makmal, En.Munir membantu murid-murid.


yang mengembung itu adalah alveolus

selesai membedah 

sungguh tekun membedah katak

nampak tak yang warna hitam sebelah kiri itu, itu adalah telur katak. Perkara menakjubkan bila murid murid keluarkan jantung dari badan katak dan jantung masih lagi berdegup. subhanallah 

explore 

proses dilakukan dengan berhati hati
saiz katak agak besar membantu murid murid melihat organ dalam katak dengan jelas
katak -katak dipengsankan dahulu menggunakan chloroform
tekun



INFO TENTANG KATAK :
  • Haiwan amfibia
  • haiwan yang bertelur
  • katak dewasa memakan haiwan artropod seperti serangga


orang dulu dulu pesan kalau jumpa katak hati hati jangan sampai kena air kencingnya. sebab air kencing katak boleh buat buta. 


AKTIVITI : PUZZLE BRAIN

Tahun lepas cikgu ada buat aktiviti puzzle brain ini di dalam kelas. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki untuk menyusun kepingan-kepingan gambar sehingga menjadi gambar otak. 


Add caption


selepas menyusun puzzle, murid murid dikehendaki melabelkan tiga bahagian otak yang mereka sudah pelajari sebelum ini.


Kumpulan yang label denan betul tiga bahagian otak kita bagi LIKE.
Murid-murid berbincang dalam kumpulan fungsi setiap bahagian otak. Cikgu berikan kebebasan kepada mereka untuk menggunakan peta minda atau peta i hink. 

Wednesday, January 13, 2016

Tabik Spring Cikgu Darjah 1

Aku cikgu sekolah menengah.

Tapi, sebelum sambung belajar diploma pendidikan , aku pernah cuba jadi cikgu sekolah rendah. Cikgu darjah satu.

Ini penglaman aku



PERTAMA KALI MENJADI CIKGU?---> 


Sek.Ren.Keb. Bandar baru bangi, Selangor

Itulah mula-mula aku tahu betapa mencabarnya mengajar anak anak darjah 1.Aku  memang tabik spring dengan cikgu yang mengajar darjah satu..

Situasi 1 : 

'Ok murid-murid, mari kita warna bunga raya ni.
Ambil pensel warna merah dan warnakan bunga raya.


Dan tiba-tiba

 "Cikgu, ni ke warna merah"
''Ye, sayang . Ini warna merah."

Sorang murid lagi 

"Cikgu ni ye warna merah"sambil menunjukkan pensel warna merah


Sorang murid lagi"Cikgu wanra kat sini kan..sambil menunjukkan kelopak bunga

Datang seorang lagi
"Cikgu saya tak nak warnakan dengan warna merah. Saya nak warna kuning."

di belakang sana ada seorang murid memanggil aku

"cikgu..cikgu, saya tak pandai warna. Cikgu tolongla."


Cuba bayangkan kalau dalam kelas 40 orang murid darjah satu bertanyakan benda yang sama..wAAA boleh penat jugaaa.Sebab tu aku tabik spring dekat cikgu yang mengajar darjah satu.


Superb! Tabik spring untuk cikgu cikgu pra sekolah, cikgu cikgu sekolah rendah!