Radas Di dalam Makmal

span style="font-family: "trebuchet ms" , sans-serif;">Dalam makmal sains, terdapat banyak radas dan bahan. jom kita kenali radas dan bahan di dalam makmal
penunu bunsen

jamrandik/stop watch


vernier calipers

bikar, silinder penyukat, kelalang kon

tolok skru mikrometer

mikroskop

bourdon gauge

neraca elektronik

ammeter 
#Semua gambar-gambar ini diambil oleh bekas murid murid saya yang mengambil matapelajaran Sains Tambahan batch 2011 iaitu Nur Amelia Eva Natasha, Nur Syafiqah dan Nur Shahirah@Yaya

last note!

s

Aktiviti Sains : Bedak katak

Bedah katak?
Anda berani?

Dulu masa sekolah cikgu tidak pernah belajar biologi. Cikgu dalam aliran sains teknikal. Bila dah jadi cikgu dan kena mengajar mata pelajaran sains,cikgu rasa seronok pula belajar biologi. 

Dalam sains teras spm ada diselitkan sedikit ilmu biologi. Seronok rasanya belajar pasal sistem saraf, pasal otak, tentang kejadian kembar , kromosom dan macam macam lagi lah.

Biasa dengar kan budak bio mesti ada experience bedah katak, bedah tikus ke.Untung juga cikgu sebab ada kawan macam cikgu ismahani@cikgu is. Seorang guru biologi. 


kataknye besar besar dan banyak. bayangkan 8 kumpulan. setiap kumpulan bawa 3 ekor katak. 24 ekor katak nak kena bedah. tapi murid muridnya kental. releks aje dibedah kataknya. 

Tahun lepas cikgu is ajak cikgu tengok muridnya bedah tikus. Tahun ni, cikgu is ajak cikgu tengok muridnya bedah katak pula. Sambil tu kita boleh belajar tentang katak.
Pembantu makmal, En.Munir membantu murid-murid.


yang mengembung itu adalah alveolus

selesai membedah 

sungguh tekun membedah katak

nampak tak yang warna hitam sebelah kiri itu, itu adalah telur katak. Perkara menakjubkan bila murid murid keluarkan jantung dari badan katak dan jantung masih lagi berdegup. subhanallah 

explore 

proses dilakukan dengan berhati hati
saiz katak agak besar membantu murid murid melihat organ dalam katak dengan jelas
katak -katak dipengsankan dahulu menggunakan chloroform
tekun



INFO TENTANG KATAK :
  • Haiwan amfibia
  • haiwan yang bertelur
  • katak dewasa memakan haiwan artropod seperti serangga


orang dulu dulu pesan kalau jumpa katak hati hati jangan sampai kena air kencingnya. sebab air kencing katak boleh buat buta. 


AKTIVITI : PUZZLE BRAIN

Tahun lepas cikgu ada buat aktiviti puzzle brain ini di dalam kelas. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki untuk menyusun kepingan-kepingan gambar sehingga menjadi gambar otak. 


Add caption


selepas menyusun puzzle, murid murid dikehendaki melabelkan tiga bahagian otak yang mereka sudah pelajari sebelum ini.


Kumpulan yang label denan betul tiga bahagian otak kita bagi LIKE.
Murid-murid berbincang dalam kumpulan fungsi setiap bahagian otak. Cikgu berikan kebebasan kepada mereka untuk menggunakan peta minda atau peta i hink. 

Tabik Spring Cikgu Darjah 1

Aku cikgu sekolah menengah.

Tapi, sebelum sambung belajar diploma pendidikan , aku pernah cuba jadi cikgu sekolah rendah. Cikgu darjah satu.

Ini penglaman aku



PERTAMA KALI MENJADI CIKGU?---> 


Sek.Ren.Keb. Bandar baru bangi, Selangor

Itulah mula-mula aku tahu betapa mencabarnya mengajar anak anak darjah 1.Aku  memang tabik spring dengan cikgu yang mengajar darjah satu..

Situasi 1 : 

'Ok murid-murid, mari kita warna bunga raya ni.
Ambil pensel warna merah dan warnakan bunga raya.


Dan tiba-tiba

 "Cikgu, ni ke warna merah"
''Ye, sayang . Ini warna merah."

Sorang murid lagi 

"Cikgu ni ye warna merah"sambil menunjukkan pensel warna merah


Sorang murid lagi"Cikgu wanra kat sini kan..sambil menunjukkan kelopak bunga

Datang seorang lagi
"Cikgu saya tak nak warnakan dengan warna merah. Saya nak warna kuning."

di belakang sana ada seorang murid memanggil aku

"cikgu..cikgu, saya tak pandai warna. Cikgu tolongla."


Cuba bayangkan kalau dalam kelas 40 orang murid darjah satu bertanyakan benda yang sama..wAAA boleh penat jugaaa.Sebab tu aku tabik spring dekat cikgu yang mengajar darjah satu.


Superb! Tabik spring untuk cikgu cikgu pra sekolah, cikgu cikgu sekolah rendah!

Nota Sains : Makhluk Tuhan Yang Dicipta Tapi Tidak Seksi

"Akulah makhluk tuhan yang tercipta tapi tak seksi?"

Boleh nyanyi lirik ini ikut rentak lagu indonisea yang pernah popular dulu, Tapi aku lupa nama penyanyi dan tajuknya. Ha ha. Pastu kena gelak ngan anak anak murid.

Aku buat teka teki. "Apakah makhluk tuhan yang hidup, Ia paling seni dan halus tapi ia tak seksi?

Jawapan : Mikroorganisma.

Kalau belajar Sains Tingkatan 5, ada lima kumpulan mikroorganisma. Tapi yang paling aku suka cerita adalah pasal bakteria.

Bila aku minta pandangan murid tentnag bakteria ramai yang jawab ia adalah VITAGEN.

Cool kan. Bagus pengaruh iklan. 

"Bakteria adalah vitagen! Baik untuk usus dan sistem pencernaan" kata Ali

Jadi, bakteria boleh dimakan?

"Boleh. Sebab ia bakteria baik.Tapi ada juga bakteria jahat cikgu. Boleh bawak penyakit" jawab Ali dengan yakin

Begitulah kehidupan yang ALLAH ciptakan. Tidak ada satupun ciptaannya yang sia-sia. Hatta, bakteria yang tak nampak pun boleh bagi kebaikan untuk organisma hidup lain.

Cuba bayangkan 



\SAPROPHYTIC BACTERIA iaitu sejenis  bakteria yang "makan" benda -benda yang sudah reput. Sebagai contoh, kalau manusia/haiwan mati, badan kita akan menjadi reput kan. Macam mana boleh reput, Sebab SAPROPHYTIC BACTERIA ini akan menguraikan sebatian kompleks menjadi sebatian yang lebih ringkas. Akibat penguraian ini, kandungan humus dalam tanah meningkat lalu menyuburkan tanah.
Rupa rupanya kalau kita mati pun kita tetap boleh bagi manfaat pada organisma lain.




Nota Fizik : Kapal itu terbang? (Bernoulli)


Dulu, masa kecil-kecil...teringin betul  nak naik atas awan. Tapi awan tinggi sangat..

Masih ingat dragon ball dengan awan terbangnya..ohh itulah idaman .Walaupun masa tu, .Seronoknya saya kalau  dapat awan terbang tu.Teringin sekali nak naik atas awan. Pastu bina la rumah atas awan.

Masa kecil dulu, saya teringin naik atas awan tapi tak mampu.Masa tu tiket naik kapal mahal. 

BIla umur dah 26 tahun ni, barulah saya dpt naik atas awan. Nasib baiklah ada kapal merah yang boleh bawak saya naik atas awan. Kalau tak,tak mampu rasanya....

Dulu ada kapal merah la yang bawak saya dari bangi ke miri, dari miri ke bangi..Manala boleh saya naik tongkang nak bawak saya dari bangi ke miri..Terimakasihla kapal merah.

Tapi sekarang, Everyone can fly. Kapal merah ke, putih ke, biru ke semua boleh. 

Pernah terfikir bagaimana kapal boleh terbang? Bila aku tanya murid murid ini jawapan mereka

1. sebab ada enjin

2. sebab ada sayap

3. jawapan paling win : sebab ada pilot and co pilot . Kalau tak ada diaorang, mesti kapal terbang tak boleh gerak dan terbang

4. Ada lagi yang menambah : tak cukup pilot and co pilot, mesti ada penumpang dan pramugari, barulah kapal boleh gerak dan terbang.

Aku senyum aje. "Bagus jawapan aku. Memang ada betulnya. 

Tapi di sebalik semua itu, ada prinsip Fizik yang membolehkan ia terbang. Sesuatu yang terjadi ada prinsip. Sama juga dengan kehidupan. Kehidupan juga ada prinsip.

Mengapa kapal boleh terbang, Memang ada prinsipnya. Ada faktanya.




Hariku Seorang Guru: Tengkorak cikgu!

Pernah dengar SYAIR TUNJUK AJAR MELAYU (NASIHAT IBU BAPA KEPADA ANAKNYA) 
Karya Tenas Effendy

Brilliant!!
AKu memang sarankan anak anak murid baca, faham dan hadamkan ayat ayat ini. Tapi, murid murid sekarang jarang sangat nak membaca buku. Baik pun diejanya BAEK!!!

Aku petik salah satu kata katanya;
Kepada guru hendaklah sopan
Tunjuk ajarnya ananda dengarkan
Penat letihnya jangan dilupakan
Supaya hidupmu dirahmati Tuhan

Dan aku teringat satu ketika seorang murid pernah berkata "tengkorak!"
Aduh, Hati aku sakit sakit sakit. Kalau tak waras, boleh saja aku balas dengan kata-kata tak sopan. 
Tapi aku diam. Aku tarik nafas.Akalku bukan seperti dia. Biar aku dengan caranya

"Awak panggil cikgu tengkorak?"

"Yela, cikgu bagi kerja banyak sangat" 

Lalu aku pergi. 

IGNORE HIM is the best thing yang aku boleh buat. 

Akhirnya, dia mula mencari perhatian aku.

But, I just ignore him for that day ...

Hari Pertama Aku Menulis Di Sini


Ini pertama kali untuk buku nota ini.

Aku bagi mukadimmah.

Puas mencari apa yang aku suka tulis. 

Puas mencari gaya tulisan yang menggambar betul betul aku.

Puas ada dua tiga blog, tapi sekerat jalan juga..

2016, aku buka blog baru.

Blog buku nota cikgu..

Bacalah tanpa jemu

Ku kongsikan apa yang baik untuk mu