Tuesday, January 19, 2016

Aktiviti Sains : Bedak katak

Bedah katak?
Anda berani?

Dulu masa sekolah cikgu tidak pernah belajar biologi. Cikgu dalam aliran sains teknikal. Bila dah jadi cikgu dan kena mengajar mata pelajaran sains,cikgu rasa seronok pula belajar biologi. 

Dalam sains teras spm ada diselitkan sedikit ilmu biologi. Seronok rasanya belajar pasal sistem saraf, pasal otak, tentang kejadian kembar , kromosom dan macam macam lagi lah.

Biasa dengar kan budak bio mesti ada experience bedah katak, bedah tikus ke.Untung juga cikgu sebab ada kawan macam cikgu ismahani@cikgu is. Seorang guru biologi. 


kataknye besar besar dan banyak. bayangkan 8 kumpulan. setiap kumpulan bawa 3 ekor katak. 24 ekor katak nak kena bedah. tapi murid muridnya kental. releks aje dibedah kataknya. 

Tahun lepas cikgu is ajak cikgu tengok muridnya bedah tikus. Tahun ni, cikgu is ajak cikgu tengok muridnya bedah katak pula. Sambil tu kita boleh belajar tentang katak.
Pembantu makmal, En.Munir membantu murid-murid.


yang mengembung itu adalah alveolus

selesai membedah 

sungguh tekun membedah katak

nampak tak yang warna hitam sebelah kiri itu, itu adalah telur katak. Perkara menakjubkan bila murid murid keluarkan jantung dari badan katak dan jantung masih lagi berdegup. subhanallah 

explore 

proses dilakukan dengan berhati hati
saiz katak agak besar membantu murid murid melihat organ dalam katak dengan jelas
katak -katak dipengsankan dahulu menggunakan chloroform
tekun



INFO TENTANG KATAK :
  • Haiwan amfibia
  • haiwan yang bertelur
  • katak dewasa memakan haiwan artropod seperti serangga


orang dulu dulu pesan kalau jumpa katak hati hati jangan sampai kena air kencingnya. sebab air kencing katak boleh buat buta. 


No comments:

Post a Comment