FIZIK TINGKATAN 5 : FAKTOR FAKTOR MEMPENGARUHI RINTANGAN

RINTANGAN?
Pernah alamai rintangan dalam kehidupan? Semakin banyak rintangan, semakin susah nak teruskan kehidupan.
Bagaimana pula rintangan dalam litar? Semakin banyak rintangan, semakin rendah arus. (Susahnya arus nak mengalir sebab banyak sungguh rintangan)

Anda sudah tahu, konduktor boleh mengalirkan arus elektrik. Tetapi, jangan lupa dengan rintangan.

Anda telah mencari rintangan (iaitu kecerunan graf) dalam graf V melawan I.
Maka, apakah factor yang mempengaruhi rintangan suatu konduktor?

Tahukah anda terdapat beberapa factor yang mempengaruhi nilai rintangan wayar.
1.    Panjang wayar, L : Semakin bertambah panjang wayar, semakin besar rintangan

2.    Luas keratan rentas,A. Semakin bertambah luas keratan rentas, semakin berkurang rintangan
3.    Jenis wayar : 
4.   Suhu konduktor wayar

Apa itu swg?
S.W.G ialah Standard Wire Gauge. Ia juga dikenali sebagai British Standard Gauge. Ia digunakan sebagai ketebalan tali gitar atau luas keratan rentas wayar elektrik.
Mari  kita buat perbandingan ketebalan wayar elektrik menggunakan S.W.Gs.w.g. 16 (diameter 1.63 mm) > s.w.g. 26 (diameter 0.46 mm) > s.w.g. 36 (diameter 0.19 mm). 


Maka, semakin besar nilai s.w.g, semakin nipis wayar elektrik

3 comments: