Wednesday, January 13, 2016

Hariku Seorang Guru: Tengkorak cikgu!

Pernah dengar SYAIR TUNJUK AJAR MELAYU (NASIHAT IBU BAPA KEPADA ANAKNYA) 
Karya Tenas Effendy

Brilliant!!
AKu memang sarankan anak anak murid baca, faham dan hadamkan ayat ayat ini. Tapi, murid murid sekarang jarang sangat nak membaca buku. Baik pun diejanya BAEK!!!

Aku petik salah satu kata katanya;
Kepada guru hendaklah sopan
Tunjuk ajarnya ananda dengarkan
Penat letihnya jangan dilupakan
Supaya hidupmu dirahmati Tuhan

Dan aku teringat satu ketika seorang murid pernah berkata "tengkorak!"
Aduh, Hati aku sakit sakit sakit. Kalau tak waras, boleh saja aku balas dengan kata-kata tak sopan. 
Tapi aku diam. Aku tarik nafas.Akalku bukan seperti dia. Biar aku dengan caranya

"Awak panggil cikgu tengkorak?"

"Yela, cikgu bagi kerja banyak sangat" 

Lalu aku pergi. 

IGNORE HIM is the best thing yang aku boleh buat. 

Akhirnya, dia mula mencari perhatian aku.

But, I just ignore him for that day ...

No comments:

Post a Comment