Wednesday, January 13, 2016

Tabik Spring Cikgu Darjah 1

Aku cikgu sekolah menengah.

Tapi, sebelum sambung belajar diploma pendidikan , aku pernah cuba jadi cikgu sekolah rendah. Cikgu darjah satu.

Ini penglaman aku



PERTAMA KALI MENJADI CIKGU?---> 


Sek.Ren.Keb. Bandar baru bangi, Selangor

Itulah mula-mula aku tahu betapa mencabarnya mengajar anak anak darjah 1.Aku  memang tabik spring dengan cikgu yang mengajar darjah satu..

Situasi 1 : 

'Ok murid-murid, mari kita warna bunga raya ni.
Ambil pensel warna merah dan warnakan bunga raya.


Dan tiba-tiba

 "Cikgu, ni ke warna merah"
''Ye, sayang . Ini warna merah."

Sorang murid lagi 

"Cikgu ni ye warna merah"sambil menunjukkan pensel warna merah


Sorang murid lagi"Cikgu wanra kat sini kan..sambil menunjukkan kelopak bunga

Datang seorang lagi
"Cikgu saya tak nak warnakan dengan warna merah. Saya nak warna kuning."

di belakang sana ada seorang murid memanggil aku

"cikgu..cikgu, saya tak pandai warna. Cikgu tolongla."


Cuba bayangkan kalau dalam kelas 40 orang murid darjah satu bertanyakan benda yang sama..wAAA boleh penat jugaaa.Sebab tu aku tabik spring dekat cikgu yang mengajar darjah satu.


Superb! Tabik spring untuk cikgu cikgu pra sekolah, cikgu cikgu sekolah rendah!

No comments:

Post a Comment