Nota Sains : Makhluk Tuhan Yang Dicipta Tapi Tidak Seksi

"Akulah makhluk tuhan yang tercipta tapi tak seksi?"

Boleh nyanyi lirik ini ikut rentak lagu indonisea yang pernah popular dulu, Tapi aku lupa nama penyanyi dan tajuknya. Ha ha. Pastu kena gelak ngan anak anak murid.

Aku buat teka teki. "Apakah makhluk tuhan yang hidup, Ia paling seni dan halus tapi ia tak seksi?

Jawapan : Mikroorganisma.

Kalau belajar Sains Tingkatan 5, ada lima kumpulan mikroorganisma. Tapi yang paling aku suka cerita adalah pasal bakteria.

Bila aku minta pandangan murid tentnag bakteria ramai yang jawab ia adalah VITAGEN.

Cool kan. Bagus pengaruh iklan. 

"Bakteria adalah vitagen! Baik untuk usus dan sistem pencernaan" kata Ali

Jadi, bakteria boleh dimakan?

"Boleh. Sebab ia bakteria baik.Tapi ada juga bakteria jahat cikgu. Boleh bawak penyakit" jawab Ali dengan yakin

Begitulah kehidupan yang ALLAH ciptakan. Tidak ada satupun ciptaannya yang sia-sia. Hatta, bakteria yang tak nampak pun boleh bagi kebaikan untuk organisma hidup lain.

Cuba bayangkan 



\SAPROPHYTIC BACTERIA iaitu sejenis  bakteria yang "makan" benda -benda yang sudah reput. Sebagai contoh, kalau manusia/haiwan mati, badan kita akan menjadi reput kan. Macam mana boleh reput, Sebab SAPROPHYTIC BACTERIA ini akan menguraikan sebatian kompleks menjadi sebatian yang lebih ringkas. Akibat penguraian ini, kandungan humus dalam tanah meningkat lalu menyuburkan tanah.
Rupa rupanya kalau kita mati pun kita tetap boleh bagi manfaat pada organisma lain.




No comments:

Post a Comment